Jumaat, 30 Julai 2010

UFO di MALAYSIA???

Baru-baru ini gempar mengenai UFO kelihatan di Malaysia! Di Tuaran Sabah sekumpulan penduduk mengesahkan ternampak sebuah objek di langit berbentuk bulat. Menurut seorang saksi yang juga pengurus tuaran beach Resort James Dungil memberitahu beliau melihat objek tersebut sekitar jam 4 petang hari Sabtu. Semasa kejadian beliau berada di dalam restoran, melihat beberapa pengunjung restoran menunjuk-nunjuk sesuatu di langit James keluar untuk melihat dengan lebih jelas. sebuah objek bulat lutsinar dilihat di langit. Kemudian James ketingkat atas restoran untuk melihat dengan jelas sambil menangkap gambar sebelum objek berkenaan hilang.

Beberapa pengunjung cuba mengambil gambar tetapi kebanyakannya gagal kerana telefon bimbit gagal berfungsi ketika itu. Dibawah di letakkan beberapa gambar yang berjaya diambil oleh James dan beberapa pengunjung lain...









Hmmm.. Benarkah?? Keluar dalam The Star lagi... wallahualam

2 ulasan:

  1. Janagn kita lupa ada kuasa lebih besar yang menilai hidup kita.. Allah SWT!!

    BalasPadam